Menurut kenyataan daripada Mufti Wilayah, sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu adalah lebih kepada istilah sahaja, di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
“Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat.
“Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
“Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
“Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: