Setelah bersiaran selama enam musim di TV9, siapa yang tidak mengenali program mencungkil bakat muda iaitu Idola Kecil bukan? Kini, Idola Kecil kembali lagi namun tampil dengan wajah baharu dan bakal disiarkan di TV3. Program realiti Idola Kecil kegemaran ramai ini akan mula bersiaran 10 Oktober ini (Ahad) dan boleh ditonton terus menerusi paparan kaca televisyen mahupun secara live streaming di Tonton.
IDOLA KECIL DI RUMAH TAMPIL KONSEP BERBEZA

Bersesuaian dengan norma baharu yang sedang dialami oleh golongan kanak-kanak iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada 6 orang kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat.
Idola Kecil Di Rumah bakal bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021 untuk 8 episod. Program berdurasi satu jam itu menampilkan Sissy Imann sebagai hos dan 6 peserta yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: