Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Individu Dedah Lukisan Beruang Matahari Tahun Melawat Malaysia 2026 ‘Asli’ & Milik Ayahnya

today8 January 2025

Background


Malah, dia turut menunjukkan proses awal penghasilan beruang matahari tersebut. Ini selepas netizen berkenaan masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan.

Netizen itu berkata: “Kami sebenarnya sangat sukakan rekaan ini, jadi ada bukti tak yang ianya bukan janaan AI, tolong kongsi, malangnya, meletakkan beberapa helaian rekaan di atas meja kamu tidak dapat membuktikan apa apa.”

Anak pelukis itu kemudiannya membalas dengan menunjukkan tangkap layar perbualan dengan ayahnya menunjukkan proses rekaan awal beruang terbabit.

Dalam pada itu, ramai netizen memuji maskot tersebut sebagai sangat cantik dan menarik. Tidak kurang juga yang meminta agar dikeluarkan cenderamata berupa plushie comel.

Ada yang kagum dengan bakat pelukis itu yang menggabungkan teknik lukisan tradisional dengan moden – menerusi binaan model 3D di komputer.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Sukan

Impian Loeb musnah

Al Henakiyah, Arab Saudi: Sebastien Loeb terpaksa menarik diri daripada Rali Dakar selepas terbabit kemalangan semalam yang sekali gus memusnahkan impian pelumba Perancis terbabit untuk memburu gelaran pertamanya di kejohanan itu.

today8 January 2025