Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Info Siaran Langsung Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2025 Malaysia vs Thailand

today15 December 2025

Background
Malaysia


Skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Skuad negara tetap berjaya melepasi peringkat kumpulan meskipun  tewas 0-2 pada aksi terakhir kumpulan B bertemu Vietnam selepas juara bertahan, Indonesia hanya mampu menang 3-1 ke atas Myanmar.

Keputusan yang sekali gus membawa Malaysia ke separuh akhir selaku pasukan tangga kedua terbaik manakala Indonesia tersingkir daripada persaingan.

Info Siaran Langsung Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2025

Malaysia vs Thailand

Sepak mula: 9:00 malam, 15 Disember 2025 (Isnin)
Tempat: Stadium Rajamangala, Bangkok
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2 (802), TVS, & RTMKlik!

Anda mempunyai banyak pilihan untuk menonton perlawanan ini kerana Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ini, malah ia boleh ditonton di saluran TV Sarawak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post