Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Sebab Tiada Siaran Langsung Percuma Untuk Aksi Euro 2024

today14 June 2024

Background
Euro 2024


Saingan bola sepak eropah, Euro 2024 bakal bermula pada hari esok. Kehadiran deretan pemain bintang telah menarik perhatian peminat bola sepak di Malaysia untuk menyaksikan perlawanan itu.

Bagaimanapun, semua perlawanan Euro 2024 tidak dapat disiarkan secara percuma di kaca televisyen menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) disebabkan ia menelan kos tinggi.

Baca Juga:

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia,  Suhaimi Sulaiman ketika menjawab persoalan peminat di laman X.

Menurut Suhaimi, kos penyiaran Euro 2024 mencecah sehingga RM60 juta dan ia melibatkan wang pembayar cukai.

“Saya penjawat awam nak jelaskan betapa mahal gila hak siaran itu kepada yang tag dan maki hamun saya sekali.

“Hak siaran kejohanan sukan antarabangsa ini ada antara RM10 juta ke RM60 juta. Kami nak belanja duit pembayar cukai kena buat keputusan dengan betul,” katanya.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post