PETALING JAYA – Pusat Pelancongan Islam (ITC), iaitu sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melancarkan Bulan Pelancongan Islam (ITM) 2023 baru-baru ini.
Program yang berlangsung selama sebulan bermula 21 Ogos hingga 17 September itu bertujuan untuk menonjolkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim serta menggalakkan dan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pemain industri dalam ekosistem pelancongan.
Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin berkata, program yang dirancang diwarnai dengan pelbagai acara, aktiviti dan tawaran pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam, pelancong serta penggiat industri pelancongan termasuk para usahawan.
Selain daripada pelbagai tawaran promosi istimewa untuk penginapan, pakej pelancongan, pengalaman spa dan penjagaan diri serta makanan dan minuman, ITM 2023 turut menganjurkan sesi seminar dan pameran, selain Hari Terbuka Masjid yang dianjurkan bersama masjid-masjid terkemuka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: