Naik pening kepala dibuatnya apabila bangun sahaja tidur terus menghidu bau sampah satu rumah. Bukan itu sahaja, sampah juga datang dengan ‘pakej’ berair padahal baru sahaja sampah dibuang. Jangan risau, anda boleh cuba gunakan ‘sarang telur’ atau bekas telur dan diletakkan dalam tong sampah. Nampaknya cara ini dapat mengurangkan bau sampah satu rumah dan juga tidak membuatkan sampah tersebut berair. Jom cuba!
Baca juga: 7 Gajet Dapur Wajib Beli Di Daiso Untuk Mudahkan Kerja Mak-Mak
JANGAN BUANG BEKAS TELUR, GUNA ELAK BAU SAMPAH
Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga. Senang je nak buat ni:
1.Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.

2.Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
3.Then, masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi. Fungsinya bagi serap air dan bau.

MEMANG TIPS…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: