Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

JL 99 tawar cabutan bertuah RM3 juta kepada pembeli 99 Legend

today4 July 2024

Background


KUALA LUMPUR – Syarikat pemaju JL99 optimis terhadap sambutan baik yang bakal dite­rima untuk projek terbaharunya 99 Legend, kediaman bertingkat yang terletak di lokasi strategik di Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves di sini, ekoran inisia­tifnya menawarkan cabutan bertuah kepada para pembeli unit rumah di situ.

Projek yang dijangka siap menjelang 2028 itu terdiri daripada bangunan setinggi 57 tingkat dengan 1,214 unit rumah dan kemudahan dua hingga tiga lot parkir untuk setiap pemilik.

Kebanyakan pembeli projek rumah yang ditawarkan antara RM478,000 hingga lebih daripada RM700,000 itu terdiri daripada mereka yang pertama kali membeli rumah.

Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan) Kumpulan JL99, Nur Ainaa Che Abdullah berkata, ini adalah salah satu tarikan menarik dan keistimewaan projek hartanah syarikat tersebut yang berbeza daripada pemaju lain kerana mahu memberi ganjaran kepada pelanggan dan sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat masa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post