Ramai mungkin ingat isu kesihatan tulang dan sendi hanya berlaku apabila usia semakin meningkat. Hakikatnya, gaya hidup yang kurang aktif dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini turut meningkatkan risiko masalah mobiliti pada masa depan.
Bersempena sambutan 50 tahun kehadirannya di Malaysia, BLACKMORES Malaysia menerusi inisiatif More Health, More Life telah menganjurkan Jom!Fit Carnival di One Utama, Petaling Jaya, dari 22 hingga 26 Julai dengan kerjasama CARiNG Pharmacy.

Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, satu daripada dua rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sedentari, manakala satu daripada tiga pula tidak aktif secara fizikal. Atas sebab itu, Jom!Fit Carnival diwujudkan bagi menggalakkan orang ramai mengambil langkah kecil ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Antara tarikan utama sepanjang karnival ialah 500 Wellness Laps Challenge, di mana peserta digalakkan untuk melengkapkan cabaran berjalan sebagai simbolik kepada pembentukan tabiat sihat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: