Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Jual Belon Lambang Bendera Israel, Kedai Serbaneka Ini Tampil Bersuara

today11 November 2020

Background

Musim pandemik ni, apa saja yang dapat memberi pulangan wang pasti akan dilakukan. Tak kira la cara macam mana sekali pun. Sampaikan ada yang sanggup membuat kerja ‘kotor’  hanya untuk mendapatkan duit poket.

Namun lain pula yang terjadi pada sebuah kedai serbaneka apabila didapati menjual belon kanak-kanak yang mempunyai lambang bendera Israel. Bukan satu tapi lebih dari dua belon tersusun di depan kedai.

Mainan kanak-kanak mendapat perhatian warganet. Bila sudah mula dibincangkan di media sosial, pihak kedai mula mendapat kecaman tentang barang jualan mereka kerana seolah-olah menyokong kaum Yahudi Zionis.

Kemudian, semalam salah seorang wakil kedai serbaneka di Hulu Langat itu tampil bersuara memberi kenyataan.

Kami memohon maaf atas kesilapan terlepas pandang isu keagamaan yang sensitif kami telah mengambil tindakan dengan memulangkan barangan tersebut kepada pihak atasan,”

Mereka turut mengambil langkah dengan memadam gambar belon yang telah disiarkan di akaun Facebook. Dalam pada masa sama juga, mereka berterima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan atas teguran berkaitan isu ini.

Harap semua pihak kedai mengambil pengajaran dan lebih peka dengan barang yang dijual.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pulau Pinang Dihiasi Belon Udara Panas

Malaysia tolak normalisasi penjajahan Israel terhadap Palestin

 

 

 

 

Sumber: facebook , groupfacebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

MKN

Sukan

Pasukan JDT Tidak Dibenarkan Ke Doha Menyertai Kejohanan AFC Champions League.

Sebentar tadi Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan maklum balas mengenai soalan samada pasukan JDT dibenarkan untuk berlepas ke Doha bagi menyertai saingan AFC Champions League 2020. Dalam video yang berdurasi 2 minit seperti dibawah, beliau menjelaskan bahawa pasukan JDT tidak dibenarkan untuk terbang ke luar negara kerana polisi yang dikuatkuasakan pada ketika ini adalah masih sama. “Polisi kita masih sama. Pintu sempadan kita masih ditutup.... […]

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *