
PETALING JAYA – Cropmate Berhad (Cropmate), pemain utama dalam industri pembuatan baja konvensional dan khusus di Malaysia, merekodkan pendapatan yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (S1 TK2026) sebanyak RM58.57 juta, naik 20.5 peratus berbanding RM48.62 juta suku yang sama tahun sebelumnya.
Kenaikan ini didorong oleh jumlah jualan baja yang lebih kukuh dan permintaan domestik yang mampan.
Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 11.3 peratus YoY kepada RM5.53 juta, daripada RM4.97 juta sebelumnya, manakala keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 10.9 peratus YoY kepada RM4.16 juta, berbanding RM3.75 juta pada Suku Pertama TK2025.
Pengarah Urusan, Lee Chin Yok berkata, S1 TK2026 menandakan permulaan yang kukuh untuk tahun kewangan bagi Cropmate, dengan syarikat mencatatkan pendapatan suku tahunan yang tertinggi dan pertumbuhan pendapatan yang berterusan.
Menurut beliau, prestasi ini mencerminkan daya tahan asas pelanggan domestik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: