Jualan baja kukuh pacu kenaikan pendapatan Cropmate suku pertama
Cropmate Berhad (Cropmate), pemain utama dalam industri pembuatan baja konvensional dan khusus di Malaysia, merekodkan pendapatan yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (S1 TK2026) sebanyak RM58.57 juta, naik 20.5 peratus berbanding RM48.62 juta suku yang sama tahun sebelumnya.