PETALING JAYA – Pengeluar upholsteri kulit automotif, Pecca Group Berhad (Pecca) mencatat rekod tertinggi baharu bagi keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.
PAT bagi tahun kewangan 2022 adalah sebanyak RM22.8 juta mewakili peningkatan sebanyak 18.8 peratus berbanding RM19.2 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.
Pendapatan Kumpulan bagi tempoh berkenaan pula naik sebanyak 13.6 peratus kepada RM164.4 juta berbanding RM144.8 juta tempoh kewangan yang sama sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pecca, Foo Ken Nee berkata, prestasi menggalakkan itu didorong oleh jualan yang lebih kukuh daripada segmen automotif yang mana pelanggannya terdiri daripada Proton, Perodua, Nissan, Toyota, Peugeot dan Volkswagen.

“Kumpulan menyaksikan sumbangan yang lebih tinggi daripada hampir semua geografi pasaran iaitu Malaysia, seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara.
“Pasaran ini secara kolektif menyumbang 99 peratus daripada Pecca pada tahun kewangan 2022,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: