PETALING JAYA – Kadar sewa rumah di negara ini telah meningkat sebanyak 5.5 peratus tahun lalu, menurut Indeks Sewa Rumah Malaysia oleh rangkaian ejen hartanah Asia, IQI yang menganalisis lebih 58,000 transaksi sewa kediaman sejak 2018.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pada suku tahun keempat (Q4) 2023, kadar sewa turun 1.2 peratus berbanding suku ketiga, namun masih 5.5 peratus lebih tinggi daripada Q4 2022.
“Purata sewa kediaman di Malaysia pada Q4 2023 adalah RM1,975 sebulan. Ini berbanding RM1,851 di Selangor dan RM3,192 di Kuala Lumpur.
“Data tersebut mencadangkan peralihan ke arah pemulihan dengan Indeks Sewa Rumah Malaysia mencapaititik tertinggi dalam hampir tiga tahun sejak awal 2020.
“Faktor yang mempengaruhi aliran ini termasuk keseimbangan bekalan-permintaan, variasi bermusim, variasi bermusim dalam campuran urus niaga dan aktiviti pelabur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Kashif, indeks…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
