Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kadar sewa rumah kini cecah hampir RM2,000 sebulan

today8 January 2024

Background


PETALING JAYA – Kadar sewa rumah di negara ini  telah meningkat sebanyak 5.5 peratus tahun lalu, menurut Indeks Sewa Rumah Malaysia oleh rangkaian ejen hartanah Asia, IQI yang menganalisis lebih 58,000 transaksi sewa kediaman sejak 2018.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pada suku tahun keempat (Q4) 2023, kadar sewa turun 1.2 peratus berbanding suku ketiga, namun masih 5.5 peratus lebih tinggi daripada Q4 2022.

“Purata sewa kediaman di Malaysia pada Q4 2023 adalah RM1,975 sebulan. Ini berbanding RM1,851 di Selangor dan RM3,192 di Kuala Lumpur.

“Data tersebut mencadangkan peralihan ke arah pemulihan dengan Indeks Sewa Rumah Malaysia mencapaititik tertinggi dalam hampir tiga tahun sejak awal 2020. 

“Faktor yang mempengaruhi aliran ini termasuk keseimbangan bekalan-permintaan, variasi bermusim, variasi bermusim dalam campuran urus niaga dan aktiviti pelabur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Kashif, indeks…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Maaf, tiada tambah hari atau jualan tiket – Siti Nurhaliza

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon maaf kepada peminat kerana tiada penambahan hari atau jualan tiket bagi Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac depan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 January 2024