Agensi Pengangkutan Awam Malaysia (APAD) mengumumkan bahawa kadar tambang bas ekspres untuk kelas ekonomi akan meningkat sebanyak 10% sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Kenaikan itu berkuatkuasa daripada 4 sehingga 17 April akan datang. Ianya susulan daripada kelulusan oleh jemaah menteri yang membenarkan surcaj pada musim perayaan sebanyak RM0.009 untuk setiap 1 kilometer.
Baca Juga:
Jadi, ianya akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres sedia ada kepada RM0.102 sekilometer berbanding RM0.093 untuk sekilometer pada kadar biasa.
APAD turut membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April akan datang.
Ini untuk menampung kadar peningkatan penumpang yang akan pulang ke kampung sempena perayaan aidilfitri itu kelak. Permohonan boleh dibuat bermula 11 Mac sehingga 2 April 2024.
Untuk permohonan yang lulus, tempoh sah laku lesen tersebut adalah daripada 4 April sehingga 17 April…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
