Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kadar Tambang Bas Ekspres Ekonomi Naik 10%

today14 March 2024

Background


Agensi Pengangkutan Awam Malaysia (APAD) mengumumkan bahawa kadar tambang bas ekspres untuk kelas ekonomi akan meningkat sebanyak 10% sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kenaikan itu berkuatkuasa daripada 4 sehingga 17 April akan datang. Ianya susulan daripada kelulusan oleh jemaah menteri yang membenarkan surcaj pada musim perayaan sebanyak RM0.009 untuk setiap 1 kilometer.

Baca Juga:

Jadi, ianya akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres sedia ada kepada RM0.102 sekilometer berbanding RM0.093 untuk sekilometer pada kadar biasa.

APAD turut membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April akan datang.

Ini untuk menampung kadar peningkatan penumpang yang akan pulang ke kampung sempena perayaan aidilfitri itu kelak. Permohonan boleh dibuat bermula 11 Mac sehingga 2 April 2024.

Untuk permohonan yang lulus, tempoh sah laku lesen tersebut adalah daripada 4 April sehingga 17 April…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Nasional

Amanah tolak MN kerana enggan jatuhkan kerajaan, kata Mahfuz

Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata tiada sebab untuk parti itu merungkai perjanjian kerjasama PH-Amanah dimeterai sejak sekian lama. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah menegaskan parti itu tidak akan menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana enggan menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan komponen itu terhadap Pakatan Harapan (PH), merujuk kepada Langkah Sheraton pada 2020. Mahfuz Omar. Naib Presiden Mahfuz Omar berkata kerjasama itu juga tidak perlu kerana PAS, antara pelopor […]

today14 March 2024