Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kakitangan Awam Dapat Cuti Tanpa Rekod Pada 14 November Sempena Deepavali

today7 November 2023

Background
Kakitangan awam dapat cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali.


Kerajaan mengumumkan cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November (Isnin) dibawa ke 14 November (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu di negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed, berkata perkara itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, petik Berita Harian.

Artikel Berkaitan:

“Peruntukan cuti tanpa rekod terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan.

“Namun begitu, kerajaan pada 3 November bersetuju memberi pengecualian bagi 2023,” katanya dalam surat edaran yang disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),”

Cuti tanpa rekod itu bagi memberi lebih ruang dan masa kepada mereka yang menyambut perayaan itu bersama ahli keluarga masing-masing.

Peraturan ini, katanya, dinyatakan di dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post