Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kanak-Kanak OKU Diterajang, Dilibas & Dipijak Sampai Mati

today8 January 2021

Background

Kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak bukan lagi perkara yang jarang didengar tapi hampir setiap bulan pasti ada kes jenayah ini.

Lebih teruk lagi apabila nyawa si kecil diragut oleh keluarga sendiri akibat terlalu mengikut perasaan atau tempat melempiaskan perasaan.

Itulah yang terjadi padi seorang kanak-kanak kurang upaya ini apabila keluarganya sendiri menderanya termasuk nenek saudaranya dan beberapa ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pada awalnya, emak saudara mangsa, 24, telah membuat panggilan kecemasan apabila menemui mangsa yang terbaring di atas lantai dan tidak bergerak.

Image may contain: 1 person, standing

Katanya pada masa itu, anak kecil itu telah mengalami sakit perut dan muntah sebelum pengsan di ruang tamu rumah mereka.

Pada masa yang sama, keluarganya turut enggan membuat bedah siasat dan mengatakan kejadian itu adalah sebahagian penyakit mangsa.

Namun, pihak polis dan hospital telah mengenal pasti beberapa parut di badan mangsa yang mencurigakan.

Antaranya adalah parut seolah dilibas dan kesan bakar pada badan. Temuramah awal bersama keluarga mengatakan mangsa mendapat parut-parut berkenaan kerana mengalami kesusahan bergerak.

Bapa, nenek saudara antara 6 ditahan disyaki dera budak OKU sampai mati | Free Malaysia Today

Dengan ketidak pastian nasib mangsa, bedah siasat telah dijalankan dan mendapati usus perut mangsa telah pecah, kemungkinan besar akibat diterajang, dipijak ataupun dipukul dengan objek tumpul yang amat berat.

Kesan calar pada badan juga dikenalpasti sebagai parut libasan, kemungkinan besar daripada rotan. Manakala kesan bakar pada badan pula dikenalpasti sebagai kesan ubat nyamuk yang dicucuk pada kulit mangsa.

Lanjutan penemuan bedah siasat itu, pihak polis telah menangkap 6 suspek yang terdiri daripada ahli keluarga mangsa termasuk nenek saudara mangsa berusia 55 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gagal Lengkapkan Dokumen Pelesenan Kelab, Melaka United Bakal Beraksi Di Liga M3?

OKU penglihatan terjejas akibat COVID-19 terima bantuan

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

AFC Champions League

Sukan

Nasib JDT Dalam Saingan AFC Champions League Diketahui Pertengahan Bulan Ini

Nasib juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim dalam saingan AFC Champions League (ACL) bakal diketahui pada pertengahan bulan ini. Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata pihaknya sedang membuat penelitian mengenai penyertaan semua pasukan termasuk JDT dalam saingan tersebut. Sumber Gambar: JST “Kami masih meneliti untuk mengesahkan semua penyertaan kelab bagi ACL termasuk kelab dari Malaysia. (Keputusan... Klik untuk baca […]

today8 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *