Karnival Jom Heboh 2023 kini kembali di lokasi baharu iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan! Selepas menamatkan jelajah pertama di Shah Alam Selangor yang merupakan lokasi pertama pada tahun 2023, anda boleh datang meriahkan suasana di RTC Tunjung, Kota Bharu Kelantan bermula 9 pagi-9 malam pada 7-9 September ini.
Ada apa yang menarik? Jom-jom-jom kita tengok!
KARNIVAL JOM HEBOH KE KELANTAN BERSAMA SIRAPLIMAU

Seperti edisi terdahulu, Karnival Jom Heboh akan membariskan ramai selebriti popular tempatan, personaliti TV, penyampai radio dan influencer yang bakal turut serta memeriahkan karnival kali ini yang ditaja oleh BABAS. Anda juga boleh berkonsert bersama selebriti seperti Ameng Spring, Naqiu, Khai Bahar, Nizam Laksamana, Lan Solo dan ramai lagi.
Penganjuran karnival selama tiga hari ini bakal menyaksikan penglibatan rangkaian jenama media terkenal di bawah Media Prima meliputi televisyen, radio, media cetak dan digital antaranya TV3 MALAYSIA, TV9,WOWSHOP, Hot.fm,
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: