Site icon Kool FM

Kempen Ramadan @ POPULAR Galak Orang Ramai Membaca Sambil Beramal


Menjelang Ramadan ini, kedai buku Popular sekali lagi menganjurkan kempen Ramadan @ POPULAR untuk membantu golongan yang memerlukan.

Kempen yang berlangsung sehingga 17 Mac 2024 ini diperkenalkan sejak tahun 2010 lagi sebagai tanda tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak syarikat. 

Tahun lalu, sebanyak RM10,319.84 sumbangan telah diterima oleh setiap 24 badan kebajikan yang terpilih pada Kempen Ramadan @ POPULAR.

Kempen ini dilihat berjaya memberikan impak yang positif kepada masyarakat selain menggalakkan masyarakat dalam menimba ilmu pengetahuan sambil beramal di bulan Ramadan seiring dengan slogan kempen “Membaca: Beribadah Sambil Beramal”.

Menariknya, pelanggan berpeluang menikmati rebat sebanyak 10 peratus untuk buku-buku terpilih seperti al-Quran dan terjemahan, buku rujukan agama, buku motivasi, komik, buku motivasi dan buku masakan.

Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan terpilih di seluruh negara.

Bukan itu sahaja,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version