Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kerajaan Bakal Laksanakan GST Semula?

today10 December 2020

Background

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada tahun 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, pada awalnya tidak diterima baik oleh beberapa pihak terutama masyarakat.

Akhirnya, kerajaan baru mengambil keputusan untuk mansuhkan pada tahun 2018. Namun kini, kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula GST atau apa-apa model cukai kepenggunaan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan ini akan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekarang, serta kelemahan GST yang dilaksanakan pada 2015 lalu.

Sumber: cariangoogle

“Cukai baharu perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan membuat sebarang langkah baharu berhubung cukai sekiranya ia akan membebankan rakyat.

GST removal ― what it means

Sumber: nst

Jika sekalipun kita wujudkan cukai baharu, ia hanya meningkatkan hasil, tetapi apabila membebankan rakyat, ini tidak memberi kesan,” katanya.

Tambahnya lagi, kajian akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

GST Akan Kembali Dan Cukai Baharu Mungkin Akan Diperkenalkan

Sandro Da Silva Sedia Beraksi Bersama Skuad Pembangunan Selangor

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Sebijik Sama!” – Gadis Makeup Tiru Muka Shah Rukh Khan & Kajol Dapat Pujian Ramai

Gandingan serasi mereka berdua dalam pelbagai genre filem Hindustan tidak pernah mengecewakan peminat. Malah, lakonan mantap mereka pasti akan meninggalkan kesan mendalam buat penonton.Babak sweet mereka benar-benar menjadi kegilaan ramai kerana SRK dan Kajol sememangnya akrab di dalam dan luar set. Ianya membuatkan mereka tidak kekok untuk berlakon bersama.Baru-baru ini, viral sebuah video mengenai seorang gadis di laman media sosial apabila dia memuat naik tutorial makeup meniru... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *