Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kerjasama Sime Motors, Perbadanan Stadium Malaysia tawar khidmat EV kepada pelanggan

today12 January 2025

Background


PETALING JAYA – Sime Motors melancarkan AutoArena, pameran automotif pertama negara yang diadakan di dalam Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City. 

Acara selama tiga hari ini yang berakhir petang ini, memperagakan jenama-jenama automotif Sime Motors, termasuk BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover dan Volvo itu menawarkan pelbagai pilihan yang meluas bagi kenderaan terpakai premium daripada Auto Selection. 

Ini adalah sebahagian daripada acara berkaitan automotif yang bakal dilaksanakan melalui kerjasama yang terjalin antara Sime Motors dengan Perbadanan Stadium Malaysia. 

Melalui kerjasama itu juga, Sime Motors akan menyediakan dua kenderaan elektrik (EV) selama 24 bulan untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi operasi stadium. 

Pada masa yang sama, stesen pengecasan EV akan dipasang di stadium, memudahkan capaian kepada infrastruktur pengecasan EV bagi masyarakat sekitar. 

Mengulas lanjut mengenai kerjasama tersebut, Pengarah Urusan Asia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post