Kemunculan wabak pandemik COVID-19 secara tak langsung telah menjerut pertumbuhan ekonomi negara sekaligus memberi kesan terhadap kehidupan seharian rakyat.
Inisiatif yang diambil untuk mendapatkan sumber pendapatan adalah dengan menjual apa saja yang boleh dijual dengan membuka perniagaan secara kecil-kecilan.
Begitulah yang dilalui oleh adik Muhammad Nor Faizal yang mula membuka gerai burger seusia 14 tahun sepanjang cuti sekolah berjalan.
Namun, disebalik usaha membuka gerai burger, posting Facebook dari Polis Daerah Petaling Jaya menyatakan adik Faizal pernah menjadi mangsa kecurian ketika meninggalkan gerainya sebentar untuk ke tandas.
Menurut sumber, barang yang dicuri adalah telefon bimbit, hasil jualan dan juga barangan perniagaan. Susulan itu, Ketua Polis Daerah Petaling, ACP Nik Ezanee menghadiahkan sebuah telefon bimbit ketika mengunjung adik Faizal di tapak perniagaannya.
Semoga adik Faizal terus cekal menempuh jatuh bangun dalam bidang perniagaan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Amukan Polis Tembak Mati Seorang Ibu Dan Anak Lelakinya Hanya Kerana Bunyi Bising
Terduduk Motor Hilang! Permaisuri Selangor Hadiahkan Athirah Motorsikal Baru
Sumber: twitter
Post comments (0)