Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

KFC perkenal menu unik Burger P. Ramlee

today28 October 2021

Background


PETALING JAYA – KFC menawarkan kelainan dalam menu terbaharunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurut kenyataan, menu baharu ini menyuntik pelbagai rasa aromatik daripada ­bahan-bahan unik masakan nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, Burger P. Ramlee dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup.

Hidangan tersebut disempurnakan dengan sayuran ­berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.

“P. Ramlee merupakan se­niman agung yang telah me­ninggalkan legasi dalam budaya Malaysia yang masih re­levan dan diminati semua.

“Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee merupakan satu menu gabungan memikat KFC Zinger dengan makanan kegemaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Taman tema Bukit Merah dibuka semula 3 November ini

IPOH – Taman tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Tai­ping akan dibuka semula pada 3 November ini mengikut pematuhan (SOP) yang ditetapkan setelah ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Menurut kenyataan, pelbagai pakej promosi dengan harga menarik ditawarkan untuk menarik lebih banyak pengunjung be­­r­ia­dah dan bersantai di sana. BMLR dalam satu kenyataan berkata, harga tiket masuk ke taman air hanya RM25 untuk dewasa­ dan RM20 untuk kanak-kanak […]

today28 October 2021