KKM dalam satu kenyataan memaklumkan arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terhadap aktiviti penjualan produk berkenaan di premis ditularkan yang mendapati aiskrim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa.
Kementerian itu menyebut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
“Pihak industri makanan diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya walaupun bagi tujuan untuk pemasaran dan melariskan jualan,” menurut kenyataan itu.
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: