Nilai rampasan daun ketum pertama untuk tahun 2020 dianggarkan RM26,000 di kebun getah di Kampung Padang Durian, Mukim Padang Kerbau, Pendang pada 13 Januari lalu. Namun, tiada tangkapan dilakukan.
Kini hampir ke penghujung tahun, Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai cuba menyeludup 170 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan Op Benteng Covid di Jalan Kampung Pulau Ketam semalam.

Sumber: harianmetro
Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut menemukan 17 bungkusan hitam yang di dalamnya mengandungi daun hijau disyaki daun ketum yang disembunyikan di dalam but belakang dan tempat duduk kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Ghani berkata lagi, lelaki itu dipercayai menetap di Padang Besar dan anggaran berat daun ketum berkenaan adalah sebanyak 170 kg, manakala nilainya dianggarkan RM5,100 manakala, turut merampas kereta itu yang dianggarkan bernilai RM13,000.

Malah, difahamkan daun ketum juga adalah herba yang paling mujarab di antara herba alternatif yang dicuba dalam pemulihan tenaga dan juga faktor kesihatan lain.
Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dibuktikan secara saintifik kebaikan pokok biak atau kini lebih dikenali sebagai ketum secara saintifik kerana ketum tidak digunakan dalam perubatan moden.
Bermula awal tahun 2003 daun ketum terkenal kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan disebabkan ia mengandungi mitraginin.
Sumber: cariangoogle
Walaupun ketum ada manfaatnya, tapi masih lagi bergantung dengan cara penggunaannya. Kajian saintifik mendapati bahawa air ketum boleh membawa kepada implikasi sawan atau dengan erti lain epilepsi sekiranya diamalkan untuk tempoh masa yang lama atau mengambilnya secara berlebihan.
Apa yang jadi masalah adalah bila ada orang yang pandai sangat campurkan ketum dengan benda-benda lain seperti seperti ubat nyamuk, tembakau, alkohol, kafein, pil khayal, ubat demam, panadol dan ubat batuk. Oleh itu, pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Harga daun ketumbar Thailand RM50 sekilo pada Ramadan
Pengedar daun dan air ketum, ubat batuk dicekup
Sumber: harianmetro , BH

Post comments (0)