Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

2 Peniaga Didenda RM10,000

today4 November 2020

Background

Sedang kegawatan ekonomi akibat pandemik COVID-19, dua lelaki didenda sebanyak RM10,000 setiap seorang kerana menggaji dan membenarkan warga asing bekerja serta berada di premis mereka.

Perbicaraan  dibacakan tertuduh, Zulkurnain Hassan dan Yahya Mamat turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas Zulkurnain dan Yahya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen.

Sumber: cariangoogle

Mengikut pertuduhan, Zulkurnain didakwa mengambil seorang pekerja wanita warga Indonesia berusia 32 tahun tanpa permit sah bekerja di sebuah tempat menjual ayam proses.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 mengaku melakukan kesalahan itu di Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 12 tengah hari, 23 September lalu.

Sementara itu, Yahya yang juga seorang kontraktor didakwa membenarkan dua imigran haram masing-masing warga Myanmar berusia 35 tahun dan Bangladesh berusia 34 tahun untuk masuk atau tinggal di sebuah tapak pembinaan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada jam 11.45 pagi, 6 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu Noraznie Alias manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pekan Rabu ditutup, pendapatan 300 peniaga terjejas ekoran pelaksanaan Temco

Sebab Tak Scan MySejahtera Di Kedai Makan, 6 Pelajar Ini Didenda RM1,000

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Chup Dulu! Apa Yang Anda Nak Sebab Lazada 11.11 Bakal Hadir Dengan Jaminan Harga Terendah!

Selain itu, akan ada persembahan menarik dari artis-artis terkenal tanah air seperti Yuna, Ernie dan Syamel, Douglas Lim, Hael Husaini, Naim Daniel, Ismail Izzani, dan ramai lagi! Pelakon drama favourite anda Kampung People pun ada tau! Dah lama tak tengok artis buat persembahan, rasa excited pulak nak tunggu 11.11 ni.Ketika Lazada 11.11 Super Show berlangsung, pihak Lazada akan memberikan diskaun untuk barangan dari jenama-jenama yang gempak!Anda boleh tonton LIVE Super Show... Klik […]

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *