Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

5 Kakitangan Kementerian Kewangan Mengaku Terima Rasuah

today2 December 2020

Background

Tidak dinafikan setiap daripada kita memerlukan duit untuk meneruskan hidup untuk membeli makanan, pakaian serta membayar komitmen bulanan. Tanpa duit, sukar untuk meneruskan kehidupan seharian.

Namun, cara kita mendapatkan sumber kewangan adalah berbeza sama ada cara yang betul atau tidak.

via GIPHY

Menurut laporan menerusi ciapan dari pengguna twitter, @redzuannewsmpb melaporkan terdapat lima kakitangan dari Kementerian Kewanangan ditangkap kerana menerima rasuah.

“Kelima-lima tertuduh berusia 32-39 tahun bergred W19-W29 dari Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan didenda RM1,500 sehingga RM2,000 selepas mengaku bersalah terima rasuah dalam salah guna kuasa mengenai pendaftaran akaun baharu e-Perolehan,”

Image

Malah, mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bertindak sebagai orang tengah dengan nilai suapan antara RM200 hingga RM600 untuk setiap permohonan bagi mendapatkan status syarikat Bumiputera daripada individu tertentu.

Bagaimanapun, ada warganet yang tidak berpuas hati dengan amaun denda yang dikenakan kerana tertuduh berkemungkinan besar memperoleh lebih dari jumlah denda tersebut.

 

Katanya jumlah denda terlalu sedikit dan ia seakan tidak memberi kesan kepada pesalah. Apa pula pendapat anda?

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Gunakan i-Sinar Jika Terdesak Sahaja,” – Semak Semula Tabiat Kewangan Anda Dan Elak Berbelanja Boros!

Pembantu penguat kuasa KPDNHEP didakwa terima rasuah RM8,000

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Kerjasama

Sukan

Dr. Johan Kamal Hamidon Dipilih Sebagai CEO Selangor FC

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan Setiausaha Agung sebelum ini iaitu Dr Johan Kamal Hamidon, kini menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Selangor FC selepas pasukan itu diswastakan bermula semalam. Selangor FC merupakan sebuah kelab bola sepak profesional yang sah diswastakan di bawah Red Giants FC Sdn Bhd. Red Giants FC Sdn Bhd adalah sebuah entiti yang menguruskan kelab ini secara profesional dan dimiliki oleh beberapa pemegang saham […]

today2 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *