Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Ani akan tunggu abang balik..” 8 Bulan Tunggu Suami Pulang, Si Isteri Pergi Buat Selamanya

today17 November 2020

Background

Selepas 241 hari mereka tidak berjumpa dan menanggung rindu, akhirnya si isteri meninggalkan suami buat selamanya.

Menerusi perkongsian di Facebook Nija Tahar, ibu bapanya terpisah disebabkan penutupan pintu sempadan negara sebagai usaha membendung penularan Covid-19. Bapanya merupakan seorang warganegara Singapura kelihatan tenang sebaik melihat jasad isterinya.

Stlh 241 hari mereka x bjumpe, akhirnye mereka bjumpe kembali tp dlm situasi yg bbeza???kali terakhir Mak jumpe ayah pd…

Posted by Nija Tahar on Friday, 13 November 2020

Menurut Nija, kali terakhir ibu bapanya berjumpa adalah pada 17 Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini. Tambahnya lagi, sepanjang perpisahan arwah ibunya akan menangis setiap kali mereka video call suami tercinta dan akan tanya bila si ayah boleh pulang.

Mak bye2 Ayah kat balcony,dgn menyimpan arapan utk bjumpe kembali selepas 2 minggu kuarantin di jlnkan,dr minggu ke minggu, bln ke bln, mak trus bharap utk Ayah pulang???

stiap kali video call, Mak mesti akan menangis&tanye bile Ayah blh blk?stiap kali tu kami akan pujuk Mak, suh bsabar&doa byk2..

Nija turut menjelaskan ibunya ada memberitahu ayah mereka bahawa dia akan tetap setia menunggu kepulangan suaminya itu. Namun hajat tidak kesampaian, ibu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi jumaat lalu.

Mak xde sakit tenat, mkin Mak x nak susahkan smue org??Alhamdullillah Mak pegi dgn tenang, di hari Jumaat, di ari yg die slalu idam2kan…

Pada masa yang sama, Nija turut berkongsi dirinya tidak pasti akan mampu lalui situasi seperti ibu ayahnya kerana rindu mereka sangat mendalam. Dia juga mendoakan ayahnya terus kuat dan mendapat anugerah Allah kerana cinta, kasih dan sayang ibu bapanya sangat luar biasa.

Selepas ibunya selamat dikebumikan, bapanya terus dibawa untuk menjalani kuarantin selama dua minggu. Rata-rata kenalan Facebook Nija mendoakan mereka sekeluarga kuat menghadapi ujian ini dan berharap agar keluarga mereka akan disatukan kelak.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Pembunuh Bersiri Britain  Yorkshire Ripper&  Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas  Ditangan  COVID-19

Kawan-Kawan  Buang  Sebab Positif COVID-19

 

 

 

Sumber: Facebook Nija Tahar

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Ingkar PKPB, pengusaha restoran didenda RM800

Kuala Lumpur: Seorang pengusaha restoran didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah gagal memastikan restoran miliknya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhi hukuman itu terhadap Ng Chye Poh, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Lelaki itu didakwa gagal mematuhi SOP PKPB di restoran miliknya apabila tidak merekod... Klik […]

today17 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *