Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Apa Beza Warna Gelang Putih, Pink & Biru?

today12 October 2020

Background

Kes individu yang memakai gelang pink berkeliaran di luar seperti tiada apa yang berlaku sudah menjadi ‘ruji’ harian dalam kalangan masyarakat kita.

Malah, individu yang sepatutnya menjalani kuarantin kendiri keluar bersiar-siar di kawasan umum seperti tiada apa yang berlaku tanpa rasa bersalah.

Lihatlah antara video tular terbaru apabila dua anak-beranak yang memakai gelang pink selamba keluar membeli barang di salah sebuah pusat membeli belah.

https://twitter.com/daddysado20/status/1315289987915472896

Beikutan itu, Kool FM sesi Kool Chat membincangkan isu ini bersama Ketua Sektor Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar, Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Priya Ragunath tentang apa perbezaan warna-warna gelang yang dipakaikan oleh pihak KKM?

Menurutnya, bagi mereka yang dipakaikan gelang pink adalah individu yang baru saja pulang dari luar negara atau merupakan kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

“Gelang pink dipakaikan oleh anggota dari Jabatan Kesihatan dimana merupakan peranan untuk mengingatkan kepada individu tersebut untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah,” jelasnya ketika ditemubual menerusi dalam talian.

Sumber: harianmetro

Tambahnya lagi, warna gelang lain seperti putih dan biru untuk si pemakai sebenarnya tiada apa-apa perbezaan pun.

“Sebenarnya kita mengikut stok warna gelang mengikut Jabatan Kesihatan Daerah masing-masing. Kalau tak ada warna pink, mereka akan dipakaikan warna putih atau biru. Jadi sama saja semua warna gelang” katanya.

Dalam pada masa sama juga, dia mengingatkan kepada orang ramai supaya jika terdapat ahli keluarga yang perlu memakai gelang pink untuk duduk di rumah bersendirian, mereka perlu membantu ahli keluarga mereka untuk membeli barang keperluan sekaligus mengelakkan mereka ini keluar berkeliaran di luar.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lelaki ‘gelang pink&’ selamba makan di restoran

Warga Emas Cuba Sorok Gelang ‘Pink’ Berlegar Di Kedai Ditahan Polis

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Malaysia cup

Sukan

PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya, Adakah Piala Malaysia 2020 Dibatalkan?

Sebentar tadi, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 oktober sehingga 27 oktober ini berikutan peningkatan kes wabak COVID-19. Menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Malah, keputusan itu dibuat susulan peningkatan dan penularan kes yang berlaku di Klang, Petaling dan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today12 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *