Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Bab Lapar Jangan Cari Pasal” – 11 Lelaki Mengamuk Di Restoran Sebab Tak Dapat Order Makanan

today2 March 2021

Background

Orang kata bab makan ni jangan dibuat main. Daripada gigi tak ada taring, tiba-tiba bertaring disebabkan tak dapat makanan yang dia pesan. Mungkin itu apa yang berlaku semalam apabila sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur, dengan membaling kerusi dan meja.

Tular di media sosial video memaparkan aksi sekumpulan lelaki itu mengamuk. Melalui video tersebut, dapat disaksikan beberapa lelaki membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan. Kumpulan itu juga dilihat seakan-akan bergaduh dengan lelaki lain dipercayai pekerja restoran itu. Jadi, apa punca sampai bergaduh ni?

Mengamuk Tak Dapat Buat Pesanan Makanan

Difahamkan, kejadian berlaku akibat kumpulan itu tidak berpuas hati kerana gagal memesan makanan. Warganet yang berada di lokasi mendakwa kumpulan itu datang ke restoran berkenaan untuk makan pada jam 9.30 malam. Namun disebabkan waktu operasi kedai makan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya sehingga jam 10 malam sahaja, restoran tersebut tidak dapat menerima pesanan kerana sedang dalam persediaan untuk menutup operasi.

Image via: Facebook

Akibat tidak berpuas hati, berlaku pertelingkahan sebelum beberapa lelaki berkenaan ‘mengamuk’. Mungkin ini yang orang kata jangan main-main dengan orang yang kelaparan. Gara-gara insiden tersebut, tiga daripada 11 individu yang dipercayai terbabit dalam ‘amukan’ itu ditahan dalam serbuan di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

“Difahamkan ia berlaku akibat rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan yang tidak dibenarkan untuk makan di restoran itu hingga menyebabkan rusuhan terbabit.

“Dalam kes ini, pihak restoran berkenaan bertindak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak beroperasi selepas jam 10 malam,” jelas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin tentang insiden terbabit.

Menurut Saiful Azly lagi, pihaknya sedang mengesan individu lain yang terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata. Jadi sebaiknya kita caknalah dengan waktu operasi kedai makan semasa PKP dan tidak melakukan ‘rusuhan’ sekiranya sudah terlambat membuat pesanan. Tapi bak kata warganet, bab makan atau lapar ni memang jangan cari pasal sebab susah nak bawa bincang.

Baca juga artikel menarik lain:

KJ Bidas Individu Lompat Giliran Terima Vaksin COVID-19, Minta Laporkan Kepadanya Terus Untuk Siasatan

Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali, Doktor Ini Dedah Risiko Dapat Penyakit Kronik

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter & Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Hiburan

Ada Perbezaan Tak Kepekatan Susu Ibu?

"Pada lima hari pertama, kandungan kolestrol dalam susu ibu sangat pekat jadi, ini menyukarkan susu untuk keluar dari lubang puting dan perlu mengambil masa dengan meletakkan bayi dalam cara yang betul supaya mereka boleh menghisap dengan betul," terangnya.

today2 March 2021