Terdahulu ada kisah seorang isteri meminta sang suami membelikannya air kotak, namun permintaannya ditolak kerana suaminya mahu membeli rokok. Aduhai suami, kesian isteri..
Pernahkah anda alami situasi seperti ini? Jika anda merupakan seorang perokok tegar atau anda kenal seseorang perokok tegar, perkongsian kami kali ini mungkin buatkan anda akan berfikir dua kali untuk merokok selepas ini.
Di China, ada seorang lelaki mengalami ketumbuhan yang telah menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi kuning akibat tabiat merokok dan minum minuman beralkohol sejak lebih sedekad lalu. Menurut laporan, lelaki yang berusia 60 tahun bernama Du telah dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Huai’an bagi mendapatkan rawatan.
Tambah laporan, doktor telah menemui dua ketumbuhan dan salah satunya terletak di bahagian pankreas telah menyekat saluran hempedu. Ekoran itu, seluruh badannya bertukar warna kuning malah leher dan perutnya bertukar warna menjadi kuning pekat.

Doktor turut menjelaskan kulitnya bertukar kuning kerana Du turut menghidap jaundis. Perubahan diri Du adalah berpunca daripada gaya hidup Du sebagai seorang perokok tegar dan mengambil minuman beralkohol sejak lebih 30 tahun lalu. Oleh itu, akibat ketumbuhan telah menyekat saluran hempedu Du disahkan serius, doktor mengarahkan dia untuk berhenti mengambil minuman alkohol.
Berita baik buatnya apabila sejak pembedahan membuang ketumbuhan, kulitnya kembali normal. Difahamkan, pakar perubatan jelaskan saluran hempedu yang tersumbat adalah salah satu penyebab utama kepada jaundis, yang mengakibatkan pigmentasi kekuningan atau kehijauan pada kulit dan juga pada putih mata.
Kini Du sudah dibenarkan keluar daripada wad dan berazam untuk mengubah gaya hidupnya. Perokok tegar haruslah mengambil langkah berani untuk berhenti supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita sakit akibat merokok. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan. Jadi, berhentilah merokok. Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Bila Buka Perut Bau Macam Bangkai!” – Usus 10 Meter Rosak Akibat Merokok
PGA Sabah rampas minuman keras, rokok, mercun seludup RM2.9 juta
Sumber: HMetro
Post comments (0)