Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

BAJET 2021, Harga Rumah Akan Dikurangkan?

today23 October 2020

Background

Bajet 2021 tidak lama lagi akan dibentangkan memandangkan sudah hampir penghujung tahun 2020. Salah satunya yang dinantikan oleh rakyat adalah bantuan-bantuan atau skim yang disalurkan.

Berikutan itu, Kool Talk menerusi siaran radio pagi tadi mengupas isu ini bersama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Pn. Hajah Zuraida Kamaruddin tentang harga rumah untuk bajet 2021 mungkin akan dikurangkan.

Sumber: malaysiachinainsight

Menurutnya, untuk harga rumah pada tahun hadapan tidak akan dikurangkan tetapi tetapi harga rumah itu akan ditetapkan berdasarkan pendapatan individu tersebut.

Kami akan membuat satu SKIM dimana rumah-rumah ini harganya akan terbeli kepada pemohon yang bersasar. Misalnya, jika pendapatan individu tersebut RM1,500 jadi pihak kerajaan akan berikan subsidi lebih dalam pembelian rumah. Begitu juga jika individu tersebut gaji tinggi, subsidi yang diberikan mengikut kesesuaian gajinya. Jadi semua rakyat kami akan pastikan mampu memiliki rumah,”

Sumber: cariangoogle

Dalam pada sama juga, YB Pn. Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, walaupun individu tidak mampu memiliki rumah sekalipun, mereka boleh menggunakan skim rumah rumah sepanjang hidup mereka dengan harga yang mampu milik supaya rakyat dapat rumah di tanah mereka sendiri.

“Dengan inisiatif mereka untuk menyewa rumah di bawah skim ini, mereka juga boleh menggunakan dokumen pembayaran selama tiga tahun untuk dikemukakan kepada bank di mana golongan yang dikatakan tidak mampu memiliki rumah ini sebenarnya mereka boleh cuma disebabkan bank terlalu strict untuk meluluskan pinjaman tetapi dengan syarat corak pembayaran bulanan tidak mempunyai sebarang masalah.”

Untuk dengarkan lebih, boleh klik saja disini.

 

 

 

 

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Messi rindu Ronaldo | Harian Metro

London: Lionel Messi berharap Cristiano Ronaldo dapat beraksi ketika Juventus menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara kerana menganggap pertembungan mereka berdua sangat istimewa. Ronaldo belum pasti beraksi selepas didapati positif koronavirus pada 13 Oktober lalu dan menjalani proses kuarantin. Bintang Portugal itu terlepas dua aksi Juventus menentang Crotone dan Dynamo Kiev tetapi masih berpeluang berdepan Barcelona pada Rabu depan. Tetapi ujian kedua dilakukan Ronaldo... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *