Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Bapa Rogol Anak Angkat, Alasannya Mahu Beri Kasih Sayang

today25 November 2020

Background

Seorang lelaki di Aceh berusia 53 tahun ditahan polis kerana tergamak merogol anak angkatnya yang masih berusia 10 tahun beberapa kali.

Ketika ditahan, suspek menafikan tuduhan itu dan sebaliknya berkata apa yang dia lakukan terhadap mangsa sekadar salah satu cara dia memberi kasih sayang.

Jurucakap Polis Simelue, M. Rizal berkata, suspek telah mencabul dan merogol anak angkatnya itu sebanyak sepuluh kali dengan menggunakan cara pujukan.

Tersangka pemerkosa anak angkat di Simeulue terancam pidana 13 tahun

Di atas pertuduhan itu, suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang memperuntukkan hukuman penjara selama 13 tahun.

Turut dirampas beberapa bahan bukti seperti pakaian tidur, tiga pasang seluar dalam milik suspek dan mangsa.

Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada guru di sekolah yang kemudian membuat laporan polis.

Mangsa mendakwa dia dirogol oleh suspek di dalam biliknya. Polis masih menjalankan siasatan dan suspek direman untuk siasatan lanjut.

 

Baca Juga:

Lelaki Rogol 15 Ekor Ayam, Mengaku Masih Tidak Puas

Budak 7 Tahun Diculik, Dirogol Dan Dibunuh Untuk Upacara Ilmu Hitam

 

 

Sumber: Antara News

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Faktor penuaan populasi di Malaysia bakal perlahankan kadar KDNK

PETALING JAYA – Bank Dunia melihat faktor penuaan populasi dalam negara akan menjadi salah satu faktor kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjadi semakin perlahan. Fenomena ini akan menjadi realiti menjelang 30 tahun akan datang jika tiada pembaharuan polisi diperkenalkan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut namun kira-kira satu per tiga daripadanya adalah akibat penuaan populasi. Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen berkata,... Klik untuk baca […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *