Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Berang Tidak Diberi Wang, Seorang Lelaki Bertindak Ganas Kelar Leher Bapa!

today15 October 2020

Background

Disebabkan tidak dapat wang yang diminta, seorang lelaki di India bertindak kejam dengan mengelar leher bapanya menggunakan pisau. Kejadian yang berlaku pada 11 Oktober lalu dilakukan oleh lelaki berusia 22 tahun di Ganjam, Odisha, di timur India. 

Menurut laporan, lelaki tersebut hilang pertimbangan kerana permintaannya tidak ditunaikan lalu dua beranak tersebut bergaduh sebelum dia bertindak ganas. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan sering menghabiskan duit bapanya untuk berhibur bersama rakannya.

Pandemik COVID-19 Menambah Bebanan…

Disebabkan sikap lelaki itu yang tidak memikirkan keadaan bapanya yang hanya mendapat gaji harian, bapanya tidak mampu untuk memberikannya wang lagi walaupun didesak. Tambahan lagi, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara India dengan begitu teruk, bapanya sudah tidak mempunyai pekerjaan lagi. 

Image via:https://www.bharian.com.my/

Tapi apakan daya, si anak langsung tidak mempedulikan keadaan bapanya dan berterusan meminta wang daripadanya. 

Lelaki terbabit dilaporkan terus melarikan diri selepas melakukan tindakan ganas itu. Berkemungkinan panik selepas melihat bapanya berlumuran darah. Dalam pada itu, jiran mereka yang sedar akan kejadian itu terus menghubungi talian kecemasan. Mangsa kemudian selamat sampai ke hospital dan dilaporkan kini dalam stabil. 

Lelaki yang melakukan tindakan ganas terhadap bapanya itu berjaya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Cabaran Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Dalam Mengharungi Gelombang Ketiga COVID-19

Tuduh Curang Dan Penggal Kepala Isteri Sendiri!

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Sukan

Tiru gaya Umtiti rupanya… | Harian Metro

Alor Setar: Aksi dan gaya pemain muda Kedah Fadzrul Danel ketika meraikan jaringan gol pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ahad lalu mencuri tumpuan dan membangkitkan lagi semangat Kedah yang meraih kemenangan 3-2 ke atas Perak. Gol kedua Kedah yang dihasilkan Fadzrul di babak pertama perlawanan itu disusuli dengan gerakan lenggok badan, turut mendapat perhatian penonton yang menyaksikan siaran langsung di kaca televisyen. Menurut pemain muda kelahiran Sungai Petani […]

today15 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *