Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

BERITA BAIK! Pembayaran Fasa Kedua BPN 2.0 Bermula Januari 2021

today25 November 2020

Background

Permulaan yang baik untuk tahun 2021! Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatan Nasional (BPN) 2.0 kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada Januari 2021. Tahniah!

Memetik dari laporan Awani, Tengku Zafrul berkata, seramai 10.6 juta rakyat akan mendapat bantuan tersebut dengan 7.5 juta penerima B40 dan 3.1 juta penerima M40.

Bantuan Prihation Nasional (BPN 2.0) - Bantuan Prihatin Rakyat

“Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020. Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020

“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua berserta bayaran kepada permohonan baru dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-30 secara maya menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.

Menurut beliau, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM912 juta kepada 304,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Geran Khas PRIHATIN (GKP).

“Bagi program Subsidi Upah, setakat 13 November 2020, sebanyak RM148.22 juta telah dibelanjakan bagi membantu sebanyak 30,492 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 247,035 pekerja,” ujarnya.

Diharapkan kepada yang menerima BPN 2.0 akan menggunakan bantuan yang diberikan dengan bijak dan untuk yang tidak menerim, mungkin rezeki anda lain.

 

Baca juga artikel lain yang menarik:

Berita Baik! Kerajaan Umum BPN 2.0

Bantuan keseluruhan BPN RM18 bilion

 

 

Sumber: Awani

Written by: Adinna


Previous post

Pulau Pinang

Sukan

Pulau Pinang Lengkapkan Slot Penjaga Gol, Dapatkan Khidmat Bryan See

Pendatang baharu Liga Super, pasukan Pulau Pinang dilaporkan telah melengkapkan slot penjaga gol bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Pulau Pinang berjaya mendapatkan khidmat dua penjaga gol baharu iaitu Bryan See Tian Kiat dari PDRM dan juga Shafiq Afifi dari Perak II dan mengekalkan Samuel Somerville sebagai penjaga gol utama. Pulau Pinang sudah melengkapkan slot penjaga gol, difahamkan mendapatkan khidmat... Klik […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *