Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Betul Ke? Doktor Berpendapat Isu Air Mani Lelaki Berbasikal Mungkin Lemah

today22 December 2020

Background

Hobi berbasikal dikatakan hobi kayangan kerana harga basikal kini agak tinggi disebabkan permintaannya yang semakin rancak. Ia adalah satu hobi yang bagus memandangkan rakyat Malaysia kini lebih cenderung melakukan aktiviti sihat. Namun, pelbagai isu telah dibangkitkan apabila hobi berbasikal ini dilihat satu hobi yang mengganggu orang lain seperti berbasikal secara leka di jalan raya.

Kini, tidak kira lelaki dan wanita masing-masing semakin ramai mempunyai hobi ini. Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada seorang doktor menggunakan nama @Ahmad.RZ telah berkongsi pendapatnya tentang hobi berbasikal ini mungkin mempunyai kesan sampingan kepada golongan lelaki menerusi akaun Twitter miliknya.

Menurutnya, hampir 80 peratus sperma milik seorang lelaki berusia 29 tahun yang aktif berbasikal, tidak merokok dan tiada penyakit lain hanya bergerak tanpa hala tuju iaitu ke kiri dan kanan, ke depan dan belakang. Tambahnya lagi, banyak kepala sperma lelaki itu cacat.

Doktor Ahmad juga jelaskan berbasikal mungkin menjadi punca kerana lebihan haba yang boleh merosakkan sperma lelaki. Oleh itu, dia sarankan agar golongan lelaki tidak melakukan aktiviti berbasikal melebihi 5 jam seminggu. Testis mereka mungkin akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan pemakaian seluar yang ketat.

Tetapi, pendapatnya itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna sosial media. Ada juga beberapa petugas kesihatan telah tampil dengan pandangan berbeza.

Apapun, kami berharap sesiapa yang mempunyai hobi berbasikal ini agar menunggang basikal dengan baik kerana keselamatan perlulah diutamakan. Ingatnya, malang tidak berbau!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Betul Penunggang Basikal Lakukan Aktiviti Di Luar

Usaha Cari Duit, Adik Ini Sanggup Kerja Food Panda Naik Basikal

 

 

Sumber: Twitter Ahmad RZ

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *