Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh..” Suami Sambut Anak Dengan Yakin

today24 November 2020

Background

Tidak semua lelaki kuat untuk lihat isteri bersalin. Ada yang muntah bila tengok darah dan ada juga yang pengsan bila tengok keadaan isteri di atas katil dalam labor room. Namun, tidak untuk Zamri Jamal Abdul Hakim.

Berkongsi pengalamannya, Zamri telah berkongsi pengalamannya yang telah berlaku pada awal pagi Isnin di kediaman mereka di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya.

Menurutnya, sekitar jam 2 pagi isterinya mengalami contraction dan mahu ke bilik air sementara dia mengemas barang-barang untuk di bawa ke hospital.

“Tiba-tiba isteri keluar dari bilik air dan beritahu rasa anak dah nak keluar. Air ketuban pun dah pecah. Saya kata okay, nak bawa dia segera ke hospital.

“Isteri kemudian kata anak dah nak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh. Tak sempat ke hospital,”

Zamri telah mengikuti kelas keibubapaan dan mempelajari ‘gentle birth’ iaitu teknik bersalin secara tenang, selesa dan selamat. Lalu tanpa rasa panik, Zamri memutuskan untuk menyambut kelahiran anaknya sendiri.

“Terdetik dalam hati, ada dua nyawa di tangan saya. Terdapat kebimbangan mengenai bayi terjerut tali pusat atau pendarahan yang banyak semasa bersalin.

“Tapi apa pilihan yang saya ada? Jadi, saya harus tenang dan yakin. Segalanya berlaku di bilik tidur kami. Isteri melutut di lantai dengan separuh badannya pada katil.

“Saya suruh dia push, anak dah keluar selepas push kedua. Ia berlaku dengan pantas tak sampai lima minit. Syukur alhamdulillah,”

Zamri berkata, isterinya melahirkan seorang bayi seberat 3.1 kilogram kira-kira seminggu awal dari tarikh jangkaan pada 1 Disember.

Ia merupakan pengalaman kedua dirinya menjadi bidan selepas anak pertama iaitu seorang bayi lelaki kira-kira dua tahun lepas.

Tambah Zamri, adalah penting bagi suami isteri terutama bakal bapa untuk mempelajari proses kelahiran bagi membina keyakinan dalam menghadapi kecemasan.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Lelaki Ini Kongsi ‘Jampi’ Supaya Isteri Mudah Bersalin

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

 

 

 

 

 

 

Sumber: MStar

 

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *