Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Bomoh Muda Rogol Gadis Yang Katanya Diganggu Hantu Tempayan

today29 December 2020

Background

Kini, semakin banyak jumlah kes rogol bawah umur di Malaysia. Ramai orang mula mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Mengaku diri bomoh yang mampu mengubati pengakit misteri gangguan makhluk halus namun sebenarnya dirinya yang ‘berhantu’. Siapa yang sebenarnya masyarakat perlu takuti, seorang manusia atau hantu?

Baru-baru ini, pihak polis di Sarawak berjaya menahan seorang bomoh muda berusia 34 tahun kerana disyaki telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika dia melakukan upacara perubatan mistik yang dilakukan di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Kapit.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, ibu mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kapit pada jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu dan pihaknya terus menahan suspek.

Tambah ibu mangsa, dia yang menyangka anak perempuannya diganggu hantu tempayan telah membawa anaknya itu berjumpa dengan suspek untuk berubat kerana dikatakan suspek mampu menghalang hantu tersebut. Dia bersama anaknya dan dua orang kawannya dibawa ke lokasi kejadian dengan menaiki perahu bersama-sama bomoh tersebut. Setibanya mereka di lokasi kejadian, bomoh terus mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai.

Difahamkan, apabila upacara itu selesai, bomoh tersebut telah membawa anaknya ke sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya. Namun, semasa upacara membuang hantu itu, remaja perempuan itu dirogol oleh bomoh tersebut.

Lebih terkutuk apabila bomoh tersebut memberitahu kepada remaja itu supaya tidak menceritakan kejadian jijik itu kerana nanti penyakitknya tidak akan sembuh. Mangsa dan ibunya itu kemudian pulang ke rumah dan mangsa terus menceritakan kepada ibunya mengenai perbuatan bomoh itu.

Ibu mangsa terus membuat laporan dan kini suspek direman selama seminggu untuk disiasat, sementara mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Sukar Kesan DNA, Perogol Bersiri Ini Akhirnya Ditangkap Dan Dihukum Penjara Selama 897 Tahun

Perogol Paling Kejam Di Korea Selatan Kini Sudah Bebas!

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post

Hiburan

Sharifah Sakinah dituduh rampas suami orang

Isu & Kontroversi Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Sakinah memberitahu kepada umum bahawa dia akan menamatkan zaman janda pada 25 Mei tahun hadapan dengan jejaka dari Sweden iaitu Michael Hansen. Jelasnya, tarikh tersebut sangat istimewa buat diri mereka kerana ianya merupakan hari ulang tahun kelahiran mereka berdua. Artikel berkaitan: Sering Muat Naik Foto Bersama, Sharifah Sakinah Bagi ‘Hint’ Dah Kahwin Jejaka Sweden? Namun begitu, timbul pula satu dakwaan menuduh pelakon drama... Klik untuk […]

today29 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *