Demi menjadi makhluk asing hitam, lelaki berasal dari Perancis ini habiskan masa bertahun-tahun ubah suai wajah termasuk buang hidung dan telinga.
Setiap orang miliki impian mereka tersendiri, termasuk juga Anthony Loffredo. Anthony sanggup melakukan perubahan drastik kepada dirinya semata-mata mahu memenuhi impian menjadi makhluk asing hitam.

Selain melakukan beberapa prosedur pembedahan yang menyakitkan, Anthony juga telah mencacah tatu dan bertindik untuk dapatkan rupa yang lebih realistik.
Antara pembedahan yang telah dilakukan ialah pembedahan kedua telinga, hidung, membelah lidah, memasukkan implant ke dalam kulit untuk membentuk semula mukanya mengikut bentuk rupa reptilia dan telah mencacah tatu hitam kedua bebola mata walaupun dia tahu ia mungkin akan mengakibatkan buta.

Anthony jelaskan bahawa sejak kecil lagi dia sangat mengagumi mutasi dan perubahan badan manusia. Menurutnya lagi, badannya masih lagi dalam proses perubahan dan sangat teruja untuk lakukan perubahan lain tidak lama lagi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Cikgu Menyerupai ‘Makhluk Asing’ Diminta Berhenti Kerja
7 Barangan Pelik Dan Tidak Masuk Akal Yang Boleh Dibeli Secara Online
Sumber: DailyStar
Post comments (0)