Bencana banjir kali ini benar-benar memberi impak kepada ramai pihak lebih-lebih lagi apabila negara masih dilanda pandemik. Namun, di sebalik keperitan, terdapat sedikit kemanisan dan kegembiraan.
Itulah yang dilalui oleh salah seorang pengguna twitter dan juga mangsa banjir di Raub, Pahang apabila keluarganya tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan raya utama dinaiki air banjir yang sangat tinggi.
Susulan itu, mereka terkandas selama tiga hari dua malam dan berkongsi kisah dengan orang ramai apa yang berlaku sepanjang hari kejadian.
Hi. Let me share the experience during we stuck in the heavy flood at Raub, Pahang. Everyone struggling to survive, alhamdulillah Allah still ket us alive and experience what did happen to the locals during the flood. We were stuck in the bus for 3 days 2 nights pic.twitter.com/yXc7Jhhm7G
— Nur Anis A'dila (@nuranisadila_) January 5, 2021
Menurutnya, tiada langsung sumber makanan melainkan makanan yang sempat dibeli ketika berhenti di perhentian RNR Gua Musang.
“Pada malam pertama kami tidur dalam bas dengan bayi menangis tak selesa sebab kitaorang memang dekat tengah-tengah hutan dan di sebelah kami adalah kawasan tanah perkuburan.
Hari keduanya, betul-betul tak sangka kebetulan ada pasangan baru balik dari resort milik mereka bawak ikan. Jadi dia minta kitaorang semua yang terkandas bantu dia bakar ikan untuk alas perut.
Keadaan terus jadi seronok macam berkelah dah. Alhamdulillah semua orang dekat situ kenyang!” tulisnya.
Dalam pada masa yang sama, salah seorang dari keluarga pasangan tersebut turut membuat perkongsian di mana ibu mertuanya baru balik dari Kenyir Eco resort pada mulanya ingin bawa balik ikan untuk kawan-kawan tapi akhirnya dijadikan hidangan untuk mangsa terkandas banjir bersama mereka.
Alhamdulillah semuanya selamat. My parents in law stranded dekat Kuala Lipis – Raub 24 hours. Dah la makanan pun takda, nasib baik in law balik dari Kenyir Eco Resort, bawak balik ikan untuk kwn2 . Dpt lah share dengan orang yang sesama stranded. pic.twitter.com/Ftgr1zyb4U
— kakmi. (@imimaysrunnia) January 5, 2021

Seterusnya, pada malam kedua pula mereka bermalam dia Sekolah Kebangsaan Benta dan mereka bernasib baik kerana di situ mempunyai bekalan elektrik dan sumber air untuk membolehkan mereka minum serta membuang air kecil.
“Dekat situ tak dicampurkan. Kitaorang diasingkan pada setiap kelas untuk berteduh. Malam tu tak lena sangat tidur tapi bolehlah untuk merehatkan badan, Alhamdulillah.
“Apa yang pasti, tiga hari kami tak mandi. Hanya berus gigi dan cuci muka saja. Wudhuk pun berjimat air,” ceritanya dalam ciapan twitter.
Moga bencana banjir yang melanda negara akan berakhir segera. Yang lain, stay safe dan patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan okay?
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Update! Keadaan Banjir Di Pusat Kawalan Bencana
Panduan Penjagaan Kenderaan Apabila Berada Di Kawasan Banjir
Sumber: twitter
Post comments (0)