Hampir setahun sekolah ditutup akibat serangan virus COVID-19. Susulan itu, perlaksanaan norma baharu dalam sistem pendidikan diperbaharui dengan cara pembelajaran dalam talian.
Kini, ramai para ibu sedang sibuk mengawasi anak mereka belajar di rumah menerusi skrin komputer riba.
Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan satu lagi inisiatif bentuk pembelajaran dalam norma baru pada lewat petang semalam menerusi ciapan akaun twitter miliknya.

Katanya lagi ini kerana keagamaan dan nilai murni dalam generasi muda menjadi keutamaan pihak mereka. Berikutan itu TV Al Hijrah berkerjasama dengan pihak JAKIM dan JAWI memperkenalkan satu slot khas Kelas KAFA TVAH pada setiap hari.
Apabila warganet bertanya adakah siaran tersebut akan ditayang ulang? Beliau menjawab akan terdapat ulangan episod. Malah, ada juga yang meminta untuk ditayangkan di saluran YouTube.

Cukup bagus inisiatif yang diambil. Sekurang-kurangnya, bukan saja kanak-kanak tapi semua peringkat umur boleh belajar tentang ilmu agama dengan platform ini. Moga usaha ini dapat diteruskan malah diperluaskan lagi kepada subjek lain.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Operasi institusi pendidikan di Kelantan, Sibu tertakluk SOP PKP
Sumber: twitter
Post comments (0)