Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Enough Is Enough” – Teguran Pedas TMJ Isu Cium Mulut Budak, Polis Buru Pengasas Produk Kecantikan

today17 February 2021

Background

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan satu kejadian melibatkan seorang pengasas produk kecantikan. Tular sebuah video Tik Tok viral yang menunjukkan seorang lelaki dewasa mencium bahagian mulut seorang kanak-kanak lelaki. Mempertahankan tindakannya itu, hubungan mereka bukanlah anak, adik-beradik kandung mahupun mempunyai talian persaudaraan tapi mereka adalah anak angkat kepada keluarganya dan itu merupakan cara dia menzahirkan rasa sayang.

Dalam pada itu, isu tersebut turut mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Instagram Story baginda. TMJ menegaskan perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi ia melibatkan sesama jantina. 

“Kepada semua ibu bapa di luar sana, tolong didik anak anda tentang gangguan seksual. Ajar anak perempuan dan terutamanya anak lelaki anda kerana mereka sering terlepas pandang tentang perkara ini,” respon TMJ berkenaan isu tersebut.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan di Twitter rasmi milik mereka dengan menegaskan perilaku sexual grooming terhadap kanak-kanak bukan perkara remeh. Tidak kira apa jua alasannya, melakukannya secara terang-terang di media sosial juga dianggap sebagai kesalahan yang berat.

Dalam perkembangan terbaharu pula, pihak polis dikatakan sedang mengesan lelaki yang terbabit dalam video berkenaan bagi membantu siasatan. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian. 

Katanya, siastaan kes itu lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan. Akaun TikTok milik lelaki tersebut yang digunakan untuk memuat naik video tersebut juga dikatakan telah dinyahaktif. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan si pelaku dikenakan hukuman sewajarnya.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ustazah Asma Harun Tegur Penggiat Seni, Beri Peringatan Untuk Tak Normalisasi Maksiat

Episod Akhir Takdir Yang Tertulis Buat Penonton Ternganga, Shahrulezad Hanya Mampu Ketawa

 

 

 

 

Sumber berita: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Raih Pendapatan RM19K Dalam Masa 5 Hari, Pelajar Asrama Ini Kongsi Detik Sukar

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati kisah mereka turut menginspirasikan warganet untuk lebih berusaha dalam bisnes masing-masing.Malah, ada yang kagum dengan usaha mereka dan mendoakan agar bisnes mereka lebih maju di masa akan datang.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 105.6K likes, 1308 comments dan 1069 shares di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet.

today17 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *