Baru-baru ini, Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) telah memberi amaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi mungkin akan dilaksanakan jika kes penularan Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali sewaktu mesyuarat bersama EuroCham. Mungkin inilah jalan terbaik untuk membendung penularan Covid-19.
Peningkatan jangkitan COVID-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun ia berlaku lebih drastik lagi di Mexico. Difahamkan dengan faktor hospital yang penuh, kerajaan mereka terpaksa meminta penduduk di sana mula membeli tangki oksigen sendiri demi merawat ahli keluarga yang dijangkiti di rumah.
Menurut laporan, kerajaan Mexico telah membuat program khas yang membolehkan rakyat mereka mengisi tangki oksigen sendiri secara percuma. Tindakan ini adalah salah satu usaha untuk memudahkan rakyat mereka bagi merawat ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, cara ini tidak 100% membantu pengendalian kes mereka. Oleh kerana ramai yang membeli tong oksigen, kini harga tong oksigen naik secara mendadak dan kerajaan Mexico menghadapi masalah kekurangan bekalan tangki oksigen. Tambah laporan, kes kecurian tangki turut menjadi satu masalah baru di sana.
Setiausaha Kesihatan Mexico, Hugo Lopez Gatell menjelaskan bahawa jumlah kes di sana akan terus mencatatkan peningkatan dari hari ke hari sekiranya tiada penyelesaian dibuat. Menurut rekod, ketika ini 89 peratus kapasiti hospital telah dipenuhi manakala 61 peratus katil hospital sedang digunakan.
Sebagai info tambahan, Mexico telah mencatatkan purata kes harian sekitar 20 ribu pada minggu ini dengan jumlah kumulatif keseluruhan jangkitan COVID-19 disana sebanyak 1.73 juta dengan angka kematian tertinggi dalam sehari iaitu 1,803.
Diharapkan Malaysia tidak akan alami situasi sama seperti Mexico. Situasi ini amatlah membimbangkan dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu memutuskan rantaian Covid-19 ini supaya kita boleh kembali lakukan aktiviti biasa tanpa rasa takut dan risau akan keselematan diri.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Seorang Doktor Terlalu Penat Merawat Pesakit COVID-19, Tertidur Lalu Pengsan & Meninggal Dunia
“Tiada Ubat, Tiada Doktor Pantau Baik Dikuarantin Di Rumah..”- Rungutan Pesakit COVID-19
Sumber: Awani
Post comments (0)