Kejadian unik yang berlaku di Slovakia membuahkan hasil apabila pihak polis berjaya menahan seorang perompak selepas seorang wanita misteri melakukan seks oral terhadap perompak berkenaan untuk melengahkan suspek sehingga polis tiba di tempat kejadian.
Menurut laporan, suspek yang dipercayai bersenjata itu cuba merompak sebuah stesen minyak di pinggir bandar Bratislava. Rompakan itu terbantut apabila wanita misteri berusia 36 tahun itu menawarkan dirinya untuk melakukan seks oral terhadap suspek sementara menunggu polis tiba di tempat kejadian.
Pihak polis berjaya menahan suspek yang sedang baring di atas lantai dalam keadaan separuh bogel. Difahamkan, sebelum tawaran seks oral itu, perompak tersebut sedang cuba mendapatkan wang yang ada di dalam peti keselamatan stesen minyak terbabit.

Tambah laporan, suspek juga telah meminta kakitangan stesen menyerahkan semua wang yang mereka ada dan sempat menumbuk salah seorang kakitangan di kaunter beberapa kali. Suspek kemudiannya masuk ke pejabat kecil dalam stesen tersebut dan meminta kakitangan kedua membuka peti keselamatan sebelum kakitangan seorang lagi berlari keluar menghubungi polis.
Menurut jurucakap polis, mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana suspek dan wanita itu boleh melakukan perbuatan tersebut kerana kes masih dalam siasatan polis. Suspek kini ditahan dipenjara sementara menunggu hasil siasatan akhir.
Tindakan wanita misteri tersebut adalah satu tindakan yang pelik tapi sangat berani. Demi melengahkan masa, dia sanggup melakukan sesuatu yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana dia boleh terfikir untuk melakukannya ketika saat dirinya berada dalam situasi rompakan bersenjata.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pelik! Pasangan Ini Beryoga Dengan Kambing
Iklan Cari Jodoh Beserta Syarat ‘Pelik’. Ini Antara Tempat Yang Sesuai Cari Jodoh
Sumber: The Sun
Post comments (0)