Putrajaya: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata, ketetapan itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 menerusi penggunaan vaksin,” katanya.
Untuk bacaan selanjutnya, klik sahaja di sini.
Post comments (0)