Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ibu Muda Bunuh Diri Dan Dua Anaknya Kerana Tidak Bersetuju Hasrat Suami Nak Jual Rumah…

today20 November 2020

Background

Selepas tidak bersetuju dengan hasrat suaminya yang ingin menjual rumah, seorang ibu muda nekad meracun tiga anaknya termasuk bayi kembar sebelum menggantung dirinya.

Menurut laporan, si isteri dikatakan bercanggah pendapat dan tidak bersetuju dengan cadangan suaminya yang mahu menjual rumah mereka untuk memulakan perniagaan. Kejadian tersebut berlaku di Tenayan Raya, Kota Pekanbaru, Riau di Indonesia pada Isnin lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai NSW berumur 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian bersama anak perempuannya ber­usia dua tahun dan salah seorang bayi lelaki, enam bulan. Bagaimanapun, seorang lagi bayi kembar lelaki sempat diselamatkan.

Menurut Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Pekanbaru, Inspektor Polius Hendriawan, mangsa ditemukan tergantung dengan kain putih di ruangan dapur. Selain itu, pasukan penyiasat polis turut menjumpai sehelai nota yang ditulis NSW yang menyatakan permohonan maafnya.

“Saya minta maaf, saya ingin pergi (mati) dan biarlah anak-anak ikut saya,” tulis mangsa dalam nota bunuh diri itu.

Sementara itu, Ketua Polis Tenayan Raya, Komisioner M Hanafi Tanjung berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa dan suaminya bertengkar sebelum tragedi berlaku. Punca pertengkaran adalah disebabkan suami meluahkan hasrat mahu menjual rumah mereka dan hasil jualan itu akan digunakan sebagai modal memulakan perniagaan.

Image via:https://regional.kompas.com/

Bagi meredakan pergaduahan, suaminya dikatakan meminta si isteri keluar menaiki motorsikal untuk menenangkan diri. Namun, isterinya menolak idea itu dan masih dengan perasaan marah dan kecewanya. Berdasarkan keterangan suami, tidak ada perselisihan lain selain hal untuk menjual rumah mereka. 

Selain itu, si suami juga dikatakan amat menyanyangi mangsa. Pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengesahkan punca kematian.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Pendapatan RM2,208 Kini Dikira Miskin. Masih Mampukah Memiliki iPhone 12 Dan PS5?

Pembunuh Bersiri Britain ‘Yorkshire Ripper’ Akui Ketagih Membunuh, Akhirnya Tewas ‘Ditangan’ COVID-19

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Simpan wang di usia muda elak hidup susah

NUR HUDA MUSA,WARTAWAN EKSEKUTIFDalam mengharungi cabaran hidup, kita mudah rasa tertekan atas pelbagai punca terutama kewangan yang tidak mencukupi. Apatah lagi negara kini dilanda Covid-19 sehingga ramai kehilangan pekerjaan atau terpaksa akur dengan keputusan syarikat yang hanya mampu membayar gaji pokok. Keadaan ini sudah tentu membimbangkan terutama golongan muda yang baru ingin membina hidup. Dalam keadaan sekarang, sudah tentu perancangan untuk membuat simpanan bagi kegunaan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today20 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *