Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Jangan Panik! Lakukan Ini Jika Ada Penjenayah Dalam Rumah

today2 December 2020

Background

Baru-baru ini bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) maut manakala isterinya cedera diserang perompak bersenjatakan parang di kediaman mereka. Justeru itu, ramai mula rasa risau dan takut jika situasi ini berlaku kepada diri sendiri. Benar, malang tidak berbau.. Tapi kita perlulah lakukan sesuatu untuk menjamin keselamatan keluarga.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkongsi berita indeks jenayah tahun ini turun dengan purata 11,000 kes setiap tahun sejak 2009. Namun, langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersedia amatlah penting untuk semua.

Pasport Hilang Mungkin Dijual Di Pasaran Gelap – Penganalisis Jenayah - Semasa | mStar

Team Kool FM Haiza, AG dan Muaz ada mengulas tentang isu ini dan mereka bincangkan apa yang perlu kita lakukan sekiranya penjenayah sudah berada dalam rumah. Penganalisis Jenayah, Dr Kamal Affandi Hashim telah berkongsi beberapa tips untuk kita lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi yang menggerunkan ini.

Antara yang ada perlu lakukan ialah:

  1. Menurut apa yang diminta
  2. Perhatikan ruang untuk lepaskan diri dari tempat kejadian
  3. Jangan melawan atau lakukan sesuatu yang mengundang provokasi
  4. Jika terancam, rangka cara pertahankan diri

Apapun, keselamatan perlulah diutamakan. Jika ada penjenayah di dalam rumah, fikirkan jalan keluar dan pastikan diri anda dan keluarga selamat terlebih dahulu. Harta benda boleh diganti, tetapi nyawa tidak.

Untuk dengarkan perbincangan lebih menarik, klik saja disini.

 

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Celcom naik taraf rangkaian, bina lebih banyak menara komunikasi 4G

KUALA LUMPUR – Celcom A­xiata Bhd. (Celcom) mempercepatkan pelaburan berjumlah RM256 juta untuk menaiktaraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara. Pelaksanaan tersebut bertujuan untuk menambahbaik liputan dan kualiti 4G di bandar dan kawasan pedalaman. Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi berkata, pelaburan bagi rangkaian Kumpulan yang bermula 2020 sehingga awal 2021 itu akan disokong oleh modal pelaburan yang diperuntukkan bagi... Klik untuk baca artikel […]

today2 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *