Kadang-kadang kisah pembunuhan yang kita baca agak sukar diterima kerana ianya seperti tak logik. Alasan dan motif pembunuhan pula kadang-kadang terlalu kecil sehingga boleh membawa kepada kes bunuh. Tapi mungkin ia sudah menjadi lumrah manusia apabila membiarkan amarah menguasai diri.
Kejadian terbaharu kes pembunuhan ini berlaku di Riau, Indonesia yang melibatkan pasangan suami isteri. Menurut laporan, suspek iaitu si suami, Supriadi, 32 tahun, tergamak membunuh isterinya, Nurvita Sari, 26 tahun, hanya kerana permintaannya untuk membeli sepasang kasut tidak diendahkan.

Seperti yang dikatakan tadi, kadang-kadang alasan kepada motif pembunuhan itu agak sukar diterima, namun ia tetap berlaku. Suspek dikatakan mengheret mangsa ke dapur sebelum membenamkan kepala isterinya ke dalam baldi. Bagaimanapun, mungkin disebabkan rasa bersalah, suspek kemudian menyerahkan diri ke pejabat polis selepas melakukan pembunuhan ngeri itu.
Melalui siasatan, suspek menyatakan dia melakukan perkara tersebut kerana terlalu marah terhadap isterinya. Dia juga turut mengakui sering bertengkar dengan isterinya di rumah. Menceritakan bagaimana semuanya berlaku, suspek pada asalnya meminta isterinya membelikan sepasang kasut untuk dipakai selepas diterima bekerja sebagai penyelia sebuah projek.

Kata suspek, kasut yang ada sebelum ini sudah rosak dan tidak boleh dipakai untuk bekerja. Namun, isterinya menolak permintaan tersebut dengan alasan tidak mempunyai duit. Disebabkan alasan isterinya itu, suspek menjadi berang lalu menyelongkar bilik dan almari baju untuk mencari duit isterinya.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila suspek menemui duit isterinya, lalu memarahi dan memaki isterinya kerana kedekut. Pertengkaran berlaku dan akhirnya membawa kepada pembunuhan isterinya. Walaupun punca pertengkaran itu hanyalah disebabkan sepasang kasut, namun akibat amarah yang tidak terkawal ia membawa kepada satu tragedi pembunuhan.
Baca juga artikel menarik lain:
Dua Kanak-Kanak Mati Lemas Sedang Ibu Leka Berkaraoke
Balas Dendam! Wanita Kahwini Kekasih Gadis Yang Curang Dengan Bekas Tunangnya
Sumber daripada: Utusan Malaysia
Post comments (0)